Terma & Syarat

PEMATUHAN MELETAK KENDERAAN / PENGUATKUASAAN UNDANG - UNDANG


  • Pengguna aplikasi pintar Park@Perak adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) dan segala pindaan yang dibuat dibawahnya.
  • Penggunaan aplikasi pintar ini adalah tertakluk kepada tarikh dan masa seperti dipaparan aplikasi pintar Park@Perak.
  • Pengguna perlu mematuhi tempoh operasi bagi tempat letak kereta di kawasan pentadbiran PBT (Majlis) yang berkenaan.
  • Hanya dibenarkan meletak kenderaan di petak - petak tempat letak kereta berkupon sahaja.
  • Pembelian menerusi tambah nilai aplikasi pintar Park@Perak tidak mempunyai tarikh luput.
  • Kegagalan dan kelewatan untuk menambah nilai boleh menyebabkan pemilik kenderaan dikompaun oleh Penguatkuasa Majlis yang berkenaan.
  • Pihak Majlis tidak akan menerima sebarang rayuan berkenaan kompaun ini.

RESIT

  • Pihak Majlis akan mengeluarkan resit tambah nilai kepada pengguna menerusi emel.

TUNTUTAN / RAYUAN


  • Baki lebihan bagi masa dan wang daripada penggunaan parkir menerusi aplikasi pintar Park@Perak tidak akan dipulangkan atau dikreditkan kepada pengguna aplikasi pintar Park@Perak.
  • Sekiranya terdapat sebarang permohonan bayaran balik baki kredit yang tidak digunakan disebabkan alasan yang munasabah, permohonan berkenaan boleh dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Ipoh di alamat emel parkperak@mbi.gov.my untuk pertimbangan pihak pengurusan.

Hubungi Kami!



Bahagian Kerajaan Tempatan

Aras B, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak



Kerjasama Kerajaan